Sunday, 1 April 2012

Latar Belakang dan Sejarah Sekolah


            Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir (SKPP) adalah sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah gred B (SKM) luar bandar. Lokasinya terletak dalam mukim Linggi. Pekan yang terhampir adalah Pekan Linggi. Jarak dari SKPP ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ialah 40km sementara ke Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson ialah 45km.



           Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Permatang Pasir yang ditubuhkan pada tahun 1906. ketika itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan sahaja yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan nipah. Keluasannya pula ialah 40 kaki lebar dan 40 kaki panjang. Bangunan ini mempunyai 5 buah bilik darjah dengan jumlah murid lebih kurang 50 orang.

          Kini, sekolah ini telah mempunyai 110 orang murid iaitu 113 orang murid berbangsa Melayu manakala 7 orang murid berbangsa India. Pertambahan murid ini amat ketara dari semasa ke semasa kerana penempatan baru Rumah Rakyat Permatang Pasir yang didirikan di belakang kawasan sekolah.




Pengenalan

          
         Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir merupakan sebuah sekolah luar bandar bergred B (SKM). Kebanyakan muridnya datang dari dalaman Kampung Permatang Pasir, Pengkalan Kempas, Pengkalan Durian dan Ladang Sua Manggis. Hampir 80% murid-murid datang daripada keluarga yang bekerja sendiri seperti berkebun, bekerja di ladang kelapa sawit dan segelintir bekerja di jabatan-jabatan kerajaan. Rata-rata murid datang dari keluarga yang mempunyai pendidikan biasa. 

        Maka, sekolah telah merancang untuk mempertingkatkan lagi prestasi murid dari masa ke semasa memandangkan anak-anak di kampung ini tidak mendapat pendidikan tambahan selain di sekolah. Adalah diharapkan dengan adanya perancangan-perancangan ini, semua pihak akan dapat menggembeling tenaga di mana hasilnya itu nanti akan menuju ke arah kecemerlangan seperti yang diharapkan.